Para peminat DC sekarang sudah membuat petisyen terhadap Warner Bros bagi meminta studio itu menayangkan filem Justice League versi Zack Snyder. Filem tersebut yang dinanti-nanti akhirnya muncul namun ianya sedikit mengecewakan apabila apa yang ditonton tidak seperti apa yang diharapkan.
Zack Snyder terpaksa menarik diri daripada mengarahkan filem ini setelah anaknya membunuh diri. Lalu, Josh Whedon mengambil tempat pengarah tersebut dan melakukan reshoot besar-besaran dan sekaligus menukar plot asal filem Justice League yang divisikan oleh Snyder.
Petisyen ini dilakukan di laman web Change.org. Setakat artikel ini ditulis, petisyen ini sudah mendapat tandatangan lebih 50 ribu peminat. Menurut petisyen tersebut, mereka meminta untuk Warner Bros menayangkan edisi suntingan asal filem tersebut bersama dengan muzik skot garapan Junkie XL sebelum diambil alih oleh Danny Elfman.
Roberto Mata dari Puerto Rico menyatakan niat petisyen ini dalam kenyataan berikut:
Warner Bros. has set some kind of precedent for this kind of thing, having released the Batman V Superman: Dawn of Justice – Ultimate Edition with a significant number of scenes cut from the theatrical edition of the movie restored. However, Suicide Squad, another movie where much of the director’s original footage was excised and rearranged for the theatrical cut, received no such restored edition.”
Petisyen ini kelihatan sangat relevan kerana para pelakon juga berceritakan tentang babak mereka yang dibuang. Antara babak-babak tersebut termasuklah babak flashback Cyborg, babak Barry Allen dan juga kemunculan Vulko lakonan Willem Dafoe. Malah, babak-babak yang dibuang yang kini sudah muncul di internet menyebabkan para peminat mahu menonton versi asal Snyder sebelum ianya dipinda.
Klik sini jika anda ingin baca ulasan Suka Filem tentang Justice League.
Klik sini jika anda ingin baca ulasan Suka Filem tentang Justice League.
0 Ulasan