Kenapa Superhero Pakai 'Spender' Di Luar? Ini Jawapannya...


Korang mesti tertanya-tanya kenapa superhero pakai spender di luar. Mungkin ada sesetengah fan tak pernah kisah sebab ada beberapa adaptasi superhero sudah mengabaikan tradisi 'spender luar' ini dalam filem adaptasi. 


Menurut editor DC Comic, Julius Schwartz yang berkhidmat pada tahun 1944 hingga 1986, kostum superhero DC, Superman yang mengenakan spender di luar diinspirasikan daripada kostum ahli sarkas dan juga penggusti pada 1920 hingga 1930an. 

Tapi, perlu diketahui bahawa penggusti tidak sebenarnya memakai seluar dalam. Ianya boleh dikenali sebagai 'tight short' ataupun legging. Disebabkan superhero berkebolehan dan dalam melakukan aksi akrobik ketika melawan penjenayah, pakaian mereka amat bersesuaian dengan perkara yang mereka lakukan. 


Dua watak pada era awal superhero yang berpakaian sedemikian ialah Flash Gordon (1934) yang mana menjadi sumber inspirasi kepada kostum Superman (1938). Walaupun kedua-duanya mempunyai warna yang berbeza, kedua-duanya kelihatan seperti mempunyai konsep yang hampir sama. 



Catat Ulasan

0 Ulasan