Huraian Terperinci Babak 'Post-Credit' Filem Justice League [SPOILER ALERT]



Justice League nampaknya memang 'all out' dalam babak post-creditnya dengan menampilkan dua babak ringkas selepas filem berakhir. Satunya ketika di pertengahan kredit dan satu lagi ialah pada penghujung kredit.Ianya memberi ruang kepada kita untuk melihat bagaimana watak-watak baru dalam dunia DC yang mengembang ini menuju kepada perkembangan cerita. 


Filem DCEU sebelum ini pernah memiliki babak post-credit iaitu Suicide Squad yang memberi hint kepada tertubuhnya Justice League. Namun, hari ini,kita akan lihat satu persatu post-credit filem Justice League dan apakah signifikasinya kepada dunia filem DCEU.


MID CREDIT SCENE: SUPERMAN VS THE FLASH


Babak di pertengahan kredit mengembalikan kita ke Kansas dimana Superman dan The Flash sedang bersedia untuk mengetahui siapakah ahli Justice League yang terpantas dengan melakukan larian. Pertaruhannya, jika Flash menang, dia akan dapat peluang beritahu semua bahawa dia menang, dan jika Superman menang, Barry kena belanja makan 'brunch'. Lalu, perlumbaan pun dimulakan.

Bahagian kecil ini sebenarnya lebih kepada jenaka ringan dimana memberi ruang kepada penonton untuk berasa lega sebentar dengan menikmati dua karakter tersebut berinteraksi. Memang ianya mengingatkan tentang perbandingan kelajuan antara dua watak tersebut, tetapi 'brunch' yang dimaksudkan merujuk kepada bagaimana kecewanya Barry setelah berkongsi tentang bencinya dia untuk makan kerana kekurangan bahan semulajadi. 

Dalam versi komik, dua watak ini seringkali berlumba sesama sendiri dalam pertandingan melibatkan kelajuan. Mereka pertamakalinya berlumba dalam Superman #199 yang mana memberikan inspirasi terhadap babak post-credit ini. 

Jika anda mula rasakan bahawa ada yang tak kena dengan bibir atas si Superman, maka anda patut rasa bertuah kerana anda baru sahaja mengetahui bahawa ini ialah babak yang dimasukkan ketika reshoot berlangsung. Ketika itu, Henry Cavill terlibat dengan filem Mission Impossible 6 yang menghalang misainya dipotong. Mahu tak mahu, misai Henry Cavill terpaksa dibuang menggunakan teknik CGI yang nampaknya sedikit 'pelik' untuk dilihat.


POST CREDIT SCENE: 
LEX LUTHOR DAN DEATHSTROKE MEMBENTUK INJUSTICE LEAGUE


Babak di akhir filem ialah babak yang paling penting untuk dilihat. Babak tersebut bermula di Arkham Asylum di saat rusuhan sedang berlaku dan proses untuk mengeluarkan tahanan sedang berlangsung. Seorang pengawal cuba untuk mengeluarkan Lex Luthor dari selnya tetapi mendapati bahawa itu bukan dirinya. Kemudian, babak bertukar ke sebuah pelabuhan dimana kelihatan Deathstroke. Deathstroke menaiki sebuah kapal peribadi dan berjalan ke arah Lex Luthor yang berpakaian kemas. Lex Luthor menawarkan Deathstroke sedikit champange untuk meraikan kebangkitan Superman. Deathstroke menanggalkan topengnya lalu mendedahkan wajah sebenar Slade Wilson. Slade Wilson bertanya kehendak Lex Luthor memanggilnya ke sini. Lex Luthor lalu memberitahu bahawa sudah tiba masanya mereka mencipta liga mereka sendiri. 

Banyak perkara dalam babak ini yang perlu dihuraikan. Pertama, Lex Luthor sudah kembali dan seperti dalam Batman vs Superman, superhero DCEU akan menghadapi ancaman yang lebih besar. 

Babak ini juga memberikan pengenalan pertama kepada watak Deathstroke dalam DCEU. Pelakon Joe Mangianello pertamakali dikhabarkan akan memegang watak itu pada September 2016. Namun, sama ada watak itu akan muncul dalam filem Justice League atau Batman masih belum diketahui. Kemudian, sebulan sebelum Justice League, ada berita menyatakan bahawa Deathstroke akan mendapat filemnya sendiri. Sekarang, sudah jelas bahawa Deathstroke bakal muncul dalam DCEU dan kostumnya memang hampir sama dengan komik, sekaligus membuatkan peminat komik bergembira.

Kita juga tidak didedahkan dengan penjahat baru sahaja dalam babak ini. Malah, kita sebenarnya diberi ruang untuk melihat filem baru. Jelasnya bahawa apa yang dikatakan sebagai 'liga mereka sendiri' merujuk kepada Legion of Doom ataupun Injustice League, sebuah liga anti keamanan yang disertai oleh penjahat dalam dunia komik DC. Dengan babak ini, dapat dilihat bahawa liga anti hero ini mungkin akan mendapat filem solo mereka sendiri ataupun bakal dipersembahkan dalam Justice League 2 nanti. 

Jika Injustice League akan muncul dengan filem mereka sendiri, ianya akan sedikit memberi rasa deja vu kerana boleh disamakan dengan team Suicide Squad. Apapun perancangan DC di masa hadapan, apa yang dilihat dalam babak post-credit hanyalah sebuah petanda yang mungkin tidak 100% akan mengikut perancangan.

Klik sini jika anda ingin baca ulasan Suka Filem tentang Justice League.

Adaptasi dari post asal: https://screenrant.com/justice-league-post-credits-scenes-explained-luthor-deathstroke/

Catat Ulasan

0 Ulasan