Dalam Justice League, kisah utamanya yang penting semestinya ialah takdir dunia. Steppenwolf (Ciarán Hinds), si Pengakhir Dunia dan juga jeneral kepada Apokolips kembali ke bumi untuk menyelesaikan misi yang dia mulakan 5000 tahun dahulu iaitu untuk menggunakan tiga Mother Box untuk menukarkan bumi menjadi Apokolips. Dahulunya, Steppenwolf dikalahkan dengan sekumpulan kesatuan superhero dari Atlantean, Amazon, barisan tuhan Greek, pasukan manusia dan juga Green Lantern. Tapi, kini, pada tahun 2017, barisan superhero menjadi lebih sedikit iaitu Batman (Ben Affleck), dan Wonder Woman (Gal Gadot) yang akhirnya membentuk Justice League.
Ketika Steppenwolf cuba untuk menghimpunkan Mother Box, pasukan liga ini cuba untuk menghentikannya. Namun, mereka sedar, gabungan tenaga mereka tidak mampu untuk menumpaskan Steppenwolf dan Parademons, maka akhirnya mereka menggunakan Mother Box ketiga yang ada untuk menghidupkan Superman (Henry Cavill). Dengan Superman mengambil tempat di dalam Justice League, mereka akhirnya cuba menumpaskan penjahat kita di sebuah perkampungan kecil di Russia. Steppenwolf menggunakan sebuah reaktor nuklear yang ditinggalkan sebagai markas untuk Unity ketika pasukan superhero kita sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah Superman yang dihidupkan semula.
BAGAIMANA
JUSTICE LEAGUE KALAHKAN STEPPENWOLF
Kunci utama kepada kemenangan Justice League melawan Steppenwolf semestinya Cyborg (Ray Fisher) dan juga Superman. Teknologi mekanikal Cyborg yang datang dari Mother Box memberikan dirinya mempunyai hubungan yang unik dalam memahaminya. Walaupun Cyborg boleh berhubung dengan Mother Box, dia masih gagal untuk memisahkan Unity (gabungan tiga Mother Box). Nasib baik, Superman mampu untuk memisahkan kotak-kotak itu dengan kekuatannya sekaligus mampu menghadapi kesan pemisahan Mother Box yang amat dahsyat. Superman dan Cyborg menyelamatkan dunia daripada ditukarkan dari menjadi Apokolips.
Superman juga ialah faktor yang menentukan kekalahan Steppenwolf. Steppenwolf mampu untuk menahan Aquaman (Jason Momoa), Wonder Woman, dan The Flash (Ezra Miller). Namun, Kryptonian milik Superman mungkin mengubah takdir. Sekali Wonder Woman berjaya memecahkan kapak tempur Steppenwolf yang mana berjaya dibekukan oleh Superman, penakluk digeruni itu akhirnya dikuasai ketakutan terhadap kekalahan. Hal ini menyebabkan pasukan Parademon mengesan mangsa yang ketakutan lalu menyerang ketuanya sendiri. Ketika Steppenwolf bergelut dengan Parademon, kuasa Bom Tubed menarik Steppenwolf dari bumi dan kemenangan akhirnya menjadi milik Justice League.
SELEPAS TRAGEDI
Selepas Justice League bergabung untuk menumpaskan Steppenwolf, mereka akhirnya memilih untuk bergerak bersendirian dan memilih jalan masing-masing. Namun, kemenangan mereka menumpaskan Steppenwolf ialah kejayaan mereka yang kekal selamanya.
Di Gotham, Bruce Wayne dan Diana Prince sedang melihat kembali rumah agam lama Bruce Wayne dan sedang merancang untuk menjadikannya sebagai tempat berkumpul Justice League. Brue kemudiannya cuba membayangkan adanya meja bulat di tengah ruang dewan besar Wayne Manor beserta enam kerusi. Diana berkata "But with room for more". Faktanya, Batman menyesali idea memberitahu Commisioner Gordon (J.K Simmons) tentang Justice League namun akan meneruskan kumpulan liga ini kerana ianya sesuatu yang berjaya.
Batman sudah selalu bersendirian bertahun lamanya, semenjak Joker (Jared Leto) dan Harley Quinn (Margot Robbie) membunuh Robin dan meninggalkan Batman kostum Robin The Boy Wonder yang diconteng. Batman mungkin senyum sinis aabila Barry Allen mengaku bahawa dia memang nakkan kawan, tetapi Batman juga pada masa yang sama sedang melihat dirinya sendiri. Sekarang, Superman dah kembali dan liga ini sudah bermula. Batman juga sudah mempunyai harapannya sendiri bersama pembantunya Alfred (Jeremy Irons).
Wonder Woman juga sudah mula berubah semenjak dia memasuki Justice League. Batman telah memaksanya untuk menghadapi era dimana dia memilih untuk mendiamkan diri sebagai penyelamat dan harapan untuk dunia. Wonder Woman menerima kepimpinan Liga dan juga tanggungjawab yang datang apabila dia memimpin pasukan Justice League untuk melawan Steppenwolf. Selepas menggagalkan rompakan di Muzium British di akhir filem, Wonder Woman akhirnya bertemu dengan orang awam untuk pertamakalinya dan menerima dirinya sebagai duta kepada Liga dan juga gaya hidupn orang Amazon. Akhirnya, dunia mengenali siapa Wonder Woman.
Justice League menandakan pengakhrian kepada penantian para peminat untuk menyaksikan kelahiran semula Wonder Woman. Selain muncul sebagai cameo dalam Aquaman atau Shazam, di masa hadapan, kita mungkin akan melihat Diana semula dalam Wonder Woman 2, yang mana bakal mengambil latar masa 1980an. Namun, filem tersebut masih akan mempunyai latar masa kini seperti yang dilakukan dalam filem pertama.
Ladang milik Kent dibeli oleh sebuah bank di Kansas selepas kematian Clark Kent, namun Bruce Wayne berjaya memberikannya semula kepada Clark Kent. Ini ialah sebagai pembalasan terhadap apa yang dilakukan oleh Batman dalamfilem Batman vs Superman. Lois Lane (Amy Adams) kembali ke Daily Planet sebagai pemenang wartawan yang memenangi hadiah Pulitzer sementara tunangannya si Clark juga kembali ke Metropolis. Clark mempunyai paras rupa baru yang kelihatan klasik dengan mengenakan suit dan tie. Selepas mendengar tentang masalah yang dihadapi melalui kebolehannya, Superman kembali beraksi apabila dia menanggalkan bajunya sambil mendedahkan huruf S di dada lalu terbang untuk menyelamatkan dunia.
Filem Justice League juga menyelesaikan masalah yang 'tricky' tentang bagaimana Clark Kent boleh dibangunkan kembali selepas kematiannya.
Barry Allen akhirnya melawat ayahnya Henry (Billy Crudup) di penjara dengan 'hadiah istimewa'. Barry sekarang sudah dapat kerja sebagai saintis forensik di Central City Police Department. Barry menghabiskan beberapa tahun lamanya melakukan kerja pelik sambil mereka jiwa The Flash dan juga cuba untuk melepaskan ayahnya dari penjara. Dengan keyakinan barunya dan kejayaannya menumpaskan Steppenwolf, Barry sekarang ialah superhero Central City. Filem The Flash yang dirancang bakal hadir tak lama lagi.
Dalam babak mid-credit, The Flash juga bertemu Superman untuk lumba lari yang mana bakal menentukan siapakah mereka manusia paling pantas. Jika Barry kalah, dia terpaksa membeli 'brunch' untuk keseluruhan ahli liga. Babak itu diakhiri dengan persoalan yang mana kita tidak tahu secara tepat siapakah pemenangnya sehinggalah sekuel seterusnya.
Aquaman juga menghabiskan kehidupannya memikirkan tentang asal usul Atlantean. Dia juga tidak pernah faham kenapa ibunya, Queen Atlanna meninggalkannya di daratan bumi. Interaksi Aquaman dan Mera (Amber Heard) di Atlantis memberikan bibit permulaan kepada filem stand alone Aquaman yang bakal ditayang 2018 nanti. Cyborg pula kembali bersatu dengan ayahnya dan tidak lagi perlu berada dalam bayangan ketakutan kerana dia ialah sebahagian daripada Justice League.
LIGA MEREKA SENDIRI
Dunia Justice League semestinya mencipta kesan sampingan apabila adanya kuasa jahat yang cuba untuk naik bagi membentuk keseimbangan dunia superhero. Selepas dipindahkan ke penjara ke Arkham Asylum pada konklusi filem Batman vs Superman, kita dapati bahawa dalam babak post-credit bahawa Lex Luthor (Jesse Eisenberg) sudah terlepas. Luthor kemudiannya bertemu dengan Slade Wilson a.k.a Deathstroke (Joe Manganiello) atas kapal mewah untuk berbincang tentang kelahiran semula Superman, perihal Justice League dan juga pelan masa hadapan. Lex Luthor lalu bertanya, " Shouldn't we have a league our own?". Dan selepas itu, kita ketahui yang ancaman baru kepada Justice League semestinya Injustice League.
Adaptasi dari post asal: https://screenrant.com/justice-league-movie-ending-explained/
0 Ulasan