Trailer filem Justice League ketiga menampilkan warna palet yang kemerahan sekaligus menjadi persoalan dikalangan penonton. Filem yang dinantikan itu yang menjadi sekuel kepada filem 2016, Batman vs Superman: Dawn of Justice itu menampilkan Batman, Wonder Woman, Flash, Aquaman dan Cyborg bergabung untuk membantas kejahatan.
Dengan penggunaan CGI yang memukau mata dalam trailer, filem ini mempunyai visual yang amat menarik untuk ditunggu. Trailer terbaru Justeice League jelas memperlihatkan ruang udara kemerahan, sesuatu yang berbeza daripada trailer sebelumnya yang menampilkan langit berwarna biru.
Mengambil kira trailer itu terbit selepas sebulan 'reshoot' di bawah arahan Josh Whedon yang mengambil alih tugas Zack Snyder, ramai penonton trailer tersebut menyatakan bahawa pertukaran warna itu terjadi disebabkan oleh Josh Whedon.
Ianya benar. Memang Whedonlah yang mengubah semuanya kerana dia perlu menghabiskan visi Snyder dalam filem ini yang tidak sempat disudahkan.
Selain keputusan untuk mengubah warna filem ini, beberapa perkara berubah semasa proses post-produksi berlaku. Apa yang menariknya, netizen menganggap bahawa perubahan warna langit kepada kemerahan itu menunjukkan bahawa studio tersebut meminjam elemen dari komik DC tahun 1985, Chrisis on Infinite Earth, yang mana menunjukkan kemungkinan 'reboot' terhadap 'cinematic universe' tersebut.
Dalam versi komik, Darkseid dan angkatan tentera Apokaliptiannya cuba untuk 'teraform' Bumi menjadi planet Apokolips.
Adakah filem Justice League menjadi sebuah filem yang bakal memulakan fasa baru kepada dunia 'DC Universe'? Semuanya hanya akan terjawab apabila filem tersebut berada di pawagam November nanti.
0 Ulasan